Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat di lihat dengan jelas. Hati lelaki yang di anggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki, ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya terluka. Namun,kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan oleh lelaki untuk mu itu...
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, ternyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar untuk suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta sebenar. Betapa beruntungnya kamu.....
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah perhubungan kita inginkan sesuatu kenangan manis untuk dikenang.. Jika tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur...
Jangan kamu menganggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Dia sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya...
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan perhubungan kamu. Ini bermakna dia selalu memikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah sampai ke jinjang pelamin, baru berbaloi!!!
LUCU!!! tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia ingin bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperwatakan manja. Hanya untuk orang yang di sayangi sahaja...
Kamu menghadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk memantau. Si dian akan menjadi seorang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!!!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dak tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu lagi meragui tentang kesetiaannya...
Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama ; "u masih sayang i? " . Jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah kalimah tersebut sering di ulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
Manusia tidak ada yang sempurna, samalah juga dengan teman lelaki kamu, tidak lari dari buat silap dan kadang-kadang buat kamu kecil hati. Tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara yang baik dan kamu perlu sokong dia. Berilah dia masa untuk berubah. nak berubah ni bukan senang, tapi kalau dia berubah demi untuk membahagiakan kamu, itu satu perkara yang baik. Janganlah kamu cari pengganti si dia semata-mata kamu kecil hati dengan kesalahan yang telah dia lakukan. Adakah kamu yakin pengganti kamu itu akan membahagiakanmu???
Dan pengorbanan paling besar sekaligus menjelaskan lagi betapa si dia menyanyangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya sendiri. Apa sahaja yang dilakukan adalah semata-mata untukmu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya... Jadi, HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki.
Setiap pasangan ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu menyakitkan hati kamu lalu kamu mencari pengganti, alasan kamu dah tak ada hati dan tak serasi, kamu pulak macam mana???Adakah kamu itu tidak pernah membuat silap?kamu tidak pernah menyakitkan pasangan kamu??
Jangan biarkan ego menguasai perasaan, kalau tidak kamu pasti akan menyesal satu hari nanti.
Mungkin pasangan kamu tidak sempurna, tapi kalau kamu dapat rasa keikhlasan hati dia, itu lebih baik...Dan, Ikhlas itu tidak dapat dilihat, tapi boleh dirasa dengan hati.

No comments:
Post a Comment